Thursday, August 13, 2009

say0o0onara

Alhamdulillah...syukur atas segalanya....aku akan terbang lagi...sebulan masa aku habiskan disini...dan sekarang tiba masanya aku pergi ke destinasi yang seterusnya....kembara seorang aku yang tidak pernah berhenti....dan dalam setiap kembara ini terlalu banyak yang aku pelajari....aku melihat kehidupan dari sudut yang berbeza...dan melalui kembara ini menjadikan aku lebih bersyukur akan nasib dan kehidupan aku...

Ini cerita malam tadi...


Semalam...teman-teman dan my staff mengadakan 'majlis' perpisahan buat aku...kami memilih untuk makan di sebuah restaurant kegemaran kami semua....aku berterima kasih untuk semua staff yang sanggup bersama-sama dengan aku dalam membina empayar AidilRedza...mencipta sebuah jenama anak melayu...kita melangkah dari tangga yang paling bawah..hinggalah kini kita telah berada di atas...bukan mudah langkah ini...kerana kita pernah jatuh dan tersungkur...namun kita semua bersatu hati ...kita terus melangkah bersama-sama....terima kasih semuanya....


Bila majlis berakhir...aku dan teman-teman duduk sebentar melihat sekeliling...bercerita tentang zaman persekolahan kami....dan aku seronok mendengar cerita tentang teman-teman aku... hampir kesemuanya berjaya dalam kehidupan masing-masing....mereka berjaya menjadi 'somebody' dalam kehidupan mereka....bekerja di company yang besar dan menyandang jawatan yang bagus...Masa terlalu cepat berlalu...rasa seperti baru semalam kami duduk di dalam sebuah kelas....belajar bersama...ketawa bersama...menyaksikan kenakalan satu sama lain...dan sekarang setiap dari kami sudah pun memiliki kerjaya masing-masing dan sudah punya keluarga sendiri...


Teman aku Rizki mengeluarkan kata " Kalau aku dilahirkan sebagai AidilRedza mungkin aku tak payah pikir walaupun satu kesusahan dalam hidup aku" ....

Bagi aku kata-kata itu adalah silap ....aku juga pernah merasakan kesusahan...malah mungkin susah dari apa yang orang lain rasakan....namun aku lebih senang menyimpan segalanya di dalam hati....menjadi rahsia antara aku dan Allah sahaja...hanya DIA yang mengetahui setiap apa yang aku rasa...dan pada aku...setiap masalah...setiap kedukaan yang diberikan kepada kita...hanyalah sebuah ujian untuk menguji sejauh mana kita mampu menghadapinya...dan aku percaya Allah itu memberikan kita ujian tidak lebih daripada kemampuan kita....dan telah aku lahirkan ikhlas dalam diri untuk menghadapi setiap masalah dalam kehidupan aku....


Disaat diberikan kita satu kedukaan...telah pun terbuka jalan 1000 kebahagiaan buat kita...

Hampir pukul 2.00 pagi...baru aku kembali ke rumah hinggap aku...mengemas apa yang perlu..


Pagi tadi...sewaktu aku menghadiri mesyuarat terakhir...aku meneriman 1 sms daripada teman aku " Ustaz Asri Rabbani telah meninggal dunia sebentar tadi " ....

Hati ini terkedu....Ustaz Asri..suaranya yang cukup lunak mengalunkan suara azan...menyanyikan lagu nasyid...telah dipanggil menemui penciptaNya...akhir-akhir ini banyak orang-orang yang "pergi" secara tiba-tiba...meninggalkan segala kenangan indah yang tidak mungkin padam dalam ingatan....


Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri ( penyanyi Rabbani ) yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 11.00 pagi tadi...semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

Mati....adalah janji Allah yang pasti....seperti dia....kita juga akan menempuhinya...dimana?? bila?? rahsia Allah....

Thursday, August 6, 2009

sebuah cerita...sekadar pengisian masa...




aSSalamualaikum wbt...


Alhamdulillah...hari-hari yang aku lalui...cukup mendamaikan rasa dihati...tenang dan bahagia dan semoga rasa ini tiada penghujungnya....amin..

Semalam...mata ini sukar untuk dilelapkan...mungkin kerana minda ini masih berfikir tentang kerja...dan kesempatan yang ada..aku gunakan dengan menonton TV...RCTI ..."Masihkah kau mencintaiku " ....sebuah program untuk membantu pasangan yang menghadapi masalah dalam rumahtangga untuk kembali bersatu...

Dan semalam ....ini kisahnya...si isteri minta dilepaskan ( cerai ) daripada suami kerana keadaan isteri yang sakit ( kanser ) ...isteri minta dilepaskan supaya suami mendapat wanita yang sempurna yang dapat melayan nafkah zahir dan batinnya..kerana isteri sudah tidak dapat melayan batin suami hampir 3 tahun...

Hati ini tersentuh bila melihat isteri merayu kepada teman (sahabat) wanita kepada si suami agar menerima suaminya untuk dijadikan pasangan hidup....hanya kerana dia sedang sakit dan tidak mampu untuk melayan suaminya...hanya kerana dia inginkan suaminya mendapat layan seperti lelaki yang normal...

Namun si suami tidak mahu melepaskan talak kepada si isteri kerana baginya cinta dia pada si isteri terlalu mendalam...dan sek$ bukanlah segalanya bagi dia...apa yang si suami inginkan cuma ingin untuk berdamping dan menjaga si isteri sehingga ke penghujung nyawa....

Setianya si suami kepada si isteri....dan kasihnya si isteri kepada suami....doa dari aku semoga pasangan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa...dan semoga si isteri tadi diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan ini...

Aku ingat dulu...MyFarina pernah menyuarakan rasa yang sama..." Kalau Rezz nak kawin lagi..dan kalau itu mampu untuk buat Rezz rasa bahagia...bagitahu dengan Nina...Nina akan pinangkan dia buat Rezz " ....dan aku termenung seketika mendengar kata-kata dari MyFarina....

Aku...tiada sebab untuk menambahkan bilangan lagi satu ( isteri lain )...kerana aku rasa cukup bahagia dengan kehadiran MyFarina dan 3 cinta dihati kami....kerana aku merasakan tiada wanita lain yang dapat melayani kerenah aku....kerana tiada wanita yang memahami bahasa diamku...

Aku..tidak hanya berjanji pada papa untuk menjaga MyFarina saat sah dia menjadi isteriku....tapi aku berjanji pada yang Maha Esa ..hanya dia yang akan menjadi suri hidup aku sehingga ke penghujung nyawa...

Hari ini..hanya jarak dan waktu yang memisahkan kami....tapi aku dan dia tahu....hubungan yang terbina ini adalah dari kasih sayang yang tidak pernah kenal erti noktah...tidak kenal erti jemu...rasa rasa cinta yang tidak pernah padam...dan atas redha dan restu keluarga dan yang Maha Esa...

MyFarina....saya tidak punya wang berjuta...tidak berlian dan permata...tiada kredit card berjela-jela....tiada banglo mewah seperti singgahsana si raja....yang saya ada cuma rasa cinta..kasih dan sayang...dan doa buat kita berkekalan sehingga penghujung usia...

Wednesday, July 29, 2009

aSSalamualaikum wbt...


Alhamdulillah ...untuk segalanya...atas rasa suka dan duka...untuk sakit dan bahagia..aku terima andai ini ketentuan dari-Nya...semoga ada rahmat disebalik semua yang berlaku...kehidupan ini adalah satu rahmat yang tiada terhingga...


3 cinta di hati aku sihat sejahtera...begitu juga dengan isteri yang tercinta..MyFarina...aku bahagia melihat dia walaupun hanya melalui v-cam...
mencintai kamu penuh rasa sabar :)

Pagi tadi seawal jam 9.00 pagi aku sudah ke ofis...meninjau apa yang perlu dilakukan untuk hari ini...aku cukup suka menghirup bau segar ambi pur lemon di dalam ofis...sungguh menyenangkan...

On kan music...dengar lagu dari Imran Ajmain...hayati setiap lirik lagu..."selamat ulang tahun sayang "..

Minda aku teringat pada seseorang yang semakin menjauh dari aku...terlalu jauh..aku sendiri tak tahu dimana dia sekarang..namun aku mendoakan agar dia sentiasa diberkati Allah..dipermudahkan setiap perjalanan hidupnya...kesihatan yang baik..dan semoga dirinya bahagia selalu...

kehadirannya walaupun hanya untuk seketika namun tetap membawa sejuta makna...nilai persahabatan yang tidak akan padam walau dihujung nyawa...dan walau dimana dia berada aku mahu dia tahu dihati aku masih punya ruang buat dia...dan telinga ini masih setia untuk mendengar cerita dia..suka atau duka...





Tuesday, July 28, 2009




Al-Fatihah...

Untuk dia ( Allahyarhamah Yasmin Ahmad (1958 - 2009)...dan mereka-mereka yang telah kembali menemui penciptaNya...


Walau banyak suara-suara sumbang yang berkata selepas ketiadaannya..walau siapapun dia pada masa lampaunya..itu adalah kenangan yang telah berlalu...yang pada aku bukan menjadi hak aku untuk bersuara...kerana aku sedar kita ini hanyalah manusia biasa yang tidak akan lepas dari salah dan dosa...


Dan walau apa pun mereka berkata tentangnya..ia tidak pernah mengubah diri aku dari terus meminati setiap hasil karyanya...terkadang kesibukkan aku boleh terhenti takkala aku melihat iklan hasil ideanya yang sangat kritif...dan adakala airmata ini mengalir melihat iklan yang dihasilkannya...dia seorang yang sangat kreatif dan hebat...

Dan aku sering mengambil kesempatan waktu dari kesibukkan kerja aku hanya untuk melihat filem arahannya...dan setiap darinya membuatkan aku terfikir makna kehidupan dan nilai-nilai kepentingan kasih sayang dalam hidup ini...


"Kalau kita mengetahui orang menyayangi kita kerana kekurangan kita...mengapa kita tidak boleh membuka hati untuk menerima kekurangan yang ada pada insan lain " ...


Kata-kata ini meninggalkan kesan yang mendalam buat aku...

Hari ini...walaupun dia telah meninggalkan kita..namun hasil karyanya yang hebat akan tetap terus diingati...dihati aku...buat selamanya...

Dan hari ini...walaupun dia telah meninggalkan kita...namun doa akan terus berkekalan buat dirinya...semoga dia mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah yang Maha Esa...


Perjalanan hidupnya sudah terhenti disini...dan entah bila pula giliran kita...hanya doa dan amalan yang baik untuk mengiringi perjalanan akhir ini...

Friday, July 24, 2009


S.O.M.B.O.N.G nya ...

Thursday, July 23, 2009

assalamualaikum wbt

aSSalamualaikum wbt....

Alhamdulillah...untuk segalanya...


Aku masih disini...sekadar mengisi kekosongan masa yang ada...menulis apa yang bermain di minda..yang ingin aku kongsi bersama...

Tersenyumlah aku pada dunia...melihat setiap kejadian dan cerita...mencuba mencari jawapan..namun siapalah aku untuk berkata-kata...namun aku sedar dalam setiap perkara pasti ada hikmahnya buat kita...

Sepi...seakan menjadi peneman aku yang cukup setia...sepi yang terkadang tanpa sedar mengalirkan airmata lelaki ini...dan aku mencuba untuk menjadikan sepi ini indah dengan mengingatkan semua perkara yang membahagiakan aku...

Dan di dalam sepi ini...aku teringat pada yang aku kasih...My Farina...jarak hanyalah sempadan..dan waktu hanyalah masa...dan aku akan setia menanti waktu kita disatukan semula...dibawah satu bumbung...disamping 3 cinta dihati yang semakin membesar...

MyFarina...terlalu banyak perkara yang saya terlepas daripada melalui bersama awak...terlalu banyak cerita yang tidak dapat saya dengar dari awak...saya tidak dapat memeluk awak takkala awak menangis...tangan ini gagal untuk menggenggam tangan awak...

Namun...tidak sekalipun awak jauh daripada saya takkala saya ingin bercerita...awak memeluk saya dengan erat takkala ada keresahan dalam jiwa saya...dan tangan awak menggenggam erat tangan saya...sehinggakan saya terlena dipangkuan awak...

Tapi..bagi awak..saya tetap yang utama...dan kata awak " walau apa pun yang terjadi..awak tetap kepentingan saya...awak adalah nadi kehidupan saya " ...


Duhai isteri...sejuta terima kasih pun tidak akan mampu untuk membalas setiap kebaikkan awak pada saya..



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



Saturday, June 20, 2009

Ku Cari Damai Abadi...

Allhamdulillah...untuk segalanya...atas rasa suka dan duka..atas rasa sakit dan bahagia...aku panjatkan syukur ada yang Esa...telah aku ikhlas kan dalam hati untuk segalanya yang menimpa...semoga ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil ku Ya Rabbi..semoga kesabaran aku atas dugaan ini melayakkan aku mendapat tempat yang baik di alam sana...alam yang abadi..

Aku kembali menulis...sekadar apa yang aku rasa..yang bermain diminda...yang terkadang tidak mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata...yang mungkin disuatu masa menjadi kenangan buat semua yang aku cinta..keluarga dan teman-teman semua...


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi



Telah aku baca sajak ini berkali-kali...nukilan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi...penuh makna..aku cuma fahami setiap bait-bait kata...aku renung ke dalam diri sendiri...mencari jawapan yang mungkin masih tersembunyi...


Dalam kehidupan ini...telah aku miliki segalanya...walau tidak harta berjuta...walau tidak semewah mana..namun aku bersyukur dengan rezeki dari yang Maha Esa...

Harta..duit... tidak pernah akan cukup walaupun sehingga penghujung nyawa...namun bagi aku cukup la dengan apa yang ada...cukup la dengan apa yang telah aku miliki...apa yang aku inginkan kini kehidupan yang damai abadi...


Ramai teman-teman bertanyakan kenapa aku memilih untuk berdiam...Aku..dipenghujung ini..bukan memencilkan diri...bukan sombong menyepi...bukan hilang keyakinan diri...juga bukan menangisi takdir Illahi...Aku cuma ingin mengambil masa untuk bersendiri...melihat kembali apa yang telah aku lalui..cuba mencari kesilapan diri untuk aku perbaiki...andai masih punya kesempatan waktu...

Aku tidak sesekali menyesali dengan takdir ini...kerana telah aku jalani kehidupan ini dengan cara aku sendiri...bersama orang-orang yang aku kasihi...telah aku luahkan rasa sayang buat semua yang aku simpan dihati...

Aku...masih lagi aku...yang pernah kamu kenali...