Thursday, August 6, 2009

sebuah cerita...sekadar pengisian masa...




aSSalamualaikum wbt...


Alhamdulillah...hari-hari yang aku lalui...cukup mendamaikan rasa dihati...tenang dan bahagia dan semoga rasa ini tiada penghujungnya....amin..

Semalam...mata ini sukar untuk dilelapkan...mungkin kerana minda ini masih berfikir tentang kerja...dan kesempatan yang ada..aku gunakan dengan menonton TV...RCTI ..."Masihkah kau mencintaiku " ....sebuah program untuk membantu pasangan yang menghadapi masalah dalam rumahtangga untuk kembali bersatu...

Dan semalam ....ini kisahnya...si isteri minta dilepaskan ( cerai ) daripada suami kerana keadaan isteri yang sakit ( kanser ) ...isteri minta dilepaskan supaya suami mendapat wanita yang sempurna yang dapat melayan nafkah zahir dan batinnya..kerana isteri sudah tidak dapat melayan batin suami hampir 3 tahun...

Hati ini tersentuh bila melihat isteri merayu kepada teman (sahabat) wanita kepada si suami agar menerima suaminya untuk dijadikan pasangan hidup....hanya kerana dia sedang sakit dan tidak mampu untuk melayan suaminya...hanya kerana dia inginkan suaminya mendapat layan seperti lelaki yang normal...

Namun si suami tidak mahu melepaskan talak kepada si isteri kerana baginya cinta dia pada si isteri terlalu mendalam...dan sek$ bukanlah segalanya bagi dia...apa yang si suami inginkan cuma ingin untuk berdamping dan menjaga si isteri sehingga ke penghujung nyawa....

Setianya si suami kepada si isteri....dan kasihnya si isteri kepada suami....doa dari aku semoga pasangan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa...dan semoga si isteri tadi diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan ini...

Aku ingat dulu...MyFarina pernah menyuarakan rasa yang sama..." Kalau Rezz nak kawin lagi..dan kalau itu mampu untuk buat Rezz rasa bahagia...bagitahu dengan Nina...Nina akan pinangkan dia buat Rezz " ....dan aku termenung seketika mendengar kata-kata dari MyFarina....

Aku...tiada sebab untuk menambahkan bilangan lagi satu ( isteri lain )...kerana aku rasa cukup bahagia dengan kehadiran MyFarina dan 3 cinta dihati kami....kerana aku merasakan tiada wanita lain yang dapat melayani kerenah aku....kerana tiada wanita yang memahami bahasa diamku...

Aku..tidak hanya berjanji pada papa untuk menjaga MyFarina saat sah dia menjadi isteriku....tapi aku berjanji pada yang Maha Esa ..hanya dia yang akan menjadi suri hidup aku sehingga ke penghujung nyawa...

Hari ini..hanya jarak dan waktu yang memisahkan kami....tapi aku dan dia tahu....hubungan yang terbina ini adalah dari kasih sayang yang tidak pernah kenal erti noktah...tidak kenal erti jemu...rasa rasa cinta yang tidak pernah padam...dan atas redha dan restu keluarga dan yang Maha Esa...

MyFarina....saya tidak punya wang berjuta...tidak berlian dan permata...tiada kredit card berjela-jela....tiada banglo mewah seperti singgahsana si raja....yang saya ada cuma rasa cinta..kasih dan sayang...dan doa buat kita berkekalan sehingga penghujung usia...

2 comments:

Anonymous said...

amein..

rhea juga mendoakan kebahagian berpanjangan buat kalian sekeluarga..

dan semoga lebih ramai lagi lelaki di luar sana yang berfikiran positif begini..

amal said...

semoga bro n kak nina akan bersama hingga ke hujung nyawa..amin..