Tuesday, July 28, 2009




Al-Fatihah...

Untuk dia ( Allahyarhamah Yasmin Ahmad (1958 - 2009)...dan mereka-mereka yang telah kembali menemui penciptaNya...


Walau banyak suara-suara sumbang yang berkata selepas ketiadaannya..walau siapapun dia pada masa lampaunya..itu adalah kenangan yang telah berlalu...yang pada aku bukan menjadi hak aku untuk bersuara...kerana aku sedar kita ini hanyalah manusia biasa yang tidak akan lepas dari salah dan dosa...


Dan walau apa pun mereka berkata tentangnya..ia tidak pernah mengubah diri aku dari terus meminati setiap hasil karyanya...terkadang kesibukkan aku boleh terhenti takkala aku melihat iklan hasil ideanya yang sangat kritif...dan adakala airmata ini mengalir melihat iklan yang dihasilkannya...dia seorang yang sangat kreatif dan hebat...

Dan aku sering mengambil kesempatan waktu dari kesibukkan kerja aku hanya untuk melihat filem arahannya...dan setiap darinya membuatkan aku terfikir makna kehidupan dan nilai-nilai kepentingan kasih sayang dalam hidup ini...


"Kalau kita mengetahui orang menyayangi kita kerana kekurangan kita...mengapa kita tidak boleh membuka hati untuk menerima kekurangan yang ada pada insan lain " ...


Kata-kata ini meninggalkan kesan yang mendalam buat aku...

Hari ini...walaupun dia telah meninggalkan kita..namun hasil karyanya yang hebat akan tetap terus diingati...dihati aku...buat selamanya...

Dan hari ini...walaupun dia telah meninggalkan kita...namun doa akan terus berkekalan buat dirinya...semoga dia mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah yang Maha Esa...


Perjalanan hidupnya sudah terhenti disini...dan entah bila pula giliran kita...hanya doa dan amalan yang baik untuk mengiringi perjalanan akhir ini...

1 comment:

pB said...

Mati itu pasti ....

Walau seribu tahun , ia tetap akan datang menegur kita ...


Al Fatihah